• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

PIALA DUNIA: ENGLAND ‘SENGAJA’ CARI JALAN TEWAS

England disifatkan kurang sifat ‘kejam’ ketika beraksi dalam perlawanan besar dan penting menyebabkan mereka sering tewas. – AFP


Back To Sports Updates

LONDON – Pengkritik bola sepak England, Roy Keane mengecam tabiat buruk skuad England apabila mereka seakan mencari jalan untuk tewas ketika berdepan perlawanan besar dan penting, selepas terkandas di suku akhir Piala Dunia.

Pada perlawanan tersebut, England terpaksa melupakan impian mereka menamatkan pe­nantian menjulang trofi Piala Dunia selepas tewas 1-2 menentang Perancis pada pusingan tersebut.

Gol kemenangan Perancis dihasilkan oleh Olivier Giroud ketika England berpeluang menghidupkan peluang untuk mara, tetapi Harry Kane gagal me­nyempurnakan sepakan pe­nalti untuk menafikan kemenangan Les Bleus dalam tempoh 90 minit berkenaan.

Menurut Keane, England perlu menjadi pasukan yang lebih ‘kejam’ sekiranya memasang impian untuk meraih gelaran di peringkat antarabangsa.

“Dalam perlawanan seperti inilah, para pemain perlu me­ngawal keadaan. Ia seperti meletakkan kaki di tengkuk lawan, anda perlu sentiasa melakukan tekanan kepada pihak lawan terutama dalam perlawanan besar.

“Apabila membuat analisis mengenai perlawanan, anda perlu cari jalan untuk memenangi perlawanan. Saya lihat, dalam perlawanan besar mereka seakan sengaja untuk kalah,” katanya.

England tewas pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2018 apabila tunduk kepada Croatia dan mereka juga mengalami kekalahan pada aksi final Euro 2020 ketika penentuan penalti menentang Itali.

Kegagalan tersebut menyebabkan masa depan pengendali England, Gareth Southgate menjadi tidak menentu, namun rakan sepasukan Keane di Manchester United sebelum ini, Gary Neville mengakui bahawa jurulatih berusia 52 tahun itu sepatutnya dikekalkan.

“Saya juga fikir Southgate patut terus kekal mengemudi England. Namun, jika beliau sudah tidak berminat dengan tugas itu, jangan buang masa orang lain,” kata Keane.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini