• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

RONALDO SETUJU SERTAI AL-NASSR, TERIMA RM925 JUTA SETAHUN

Ronaldo dilapor setuju sertai kelab Arab Saudi, Al-Nassr dengan kontrak lumayan


Back To Sports Updates

LONDON: Cristiano Ronaldo bakal menjadi ahli sukan yang menerima bayaran tertinggi sepanjang zaman selepas dilaporkan bersetuju untuk menyarung jersi kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

Bintang Portugal itu kini menjadi ejen bebas selepas meninggalkan Manchester United, minggu lalu.

Bagaimanapun, dia kini dikatakan bersetuju untuk menandatangani kontrak selama dua setengah tahun bernilai 173 juta pound (RM925.16 juta) setahun dengan Al-Nassr, lapor Marca.

Ronaldo mendedahkan dia menolak kontrak lumayan bernilai 3 juta pound (RM16.04 juta) seminggu untuk bermain di Arab Saudi pada musim panas lalu, dengan Al-Hilal dipercayai berminat bagi mendapatkan khidmatnya ketika itu.

Al-Nassr kini semakin hampir untuk perpindahan berkenaan biarpun Newcastle United dilapor turut berminat bagi membawa masuk Ronaldo ke kelab itu.

Inter Miami juga berminat dengan Ronaldo dengan pemiliknya, David Beckham dilaporkan mengadakan perbincangan dengan pemain berusia 37 tahun itu.

Al-Nassr yang dibimbing Rudi Garcia ketika ini berada di kedudukan kedua Liga Pro Saudi, tiga mata di belakang Al-Shabab.

Saingan liga berkenaan ketika ini berehat bagi memberi laluan kepada Piala Dunia dengan Al-Nassr akan menghadapi perlawanan seterusnya pada 16 Disember - dua hari sebelum aksi final Piala Dunia.

Ronaldo meletakkan sasaran untuk beraksi di pentas final Piala Dunia bersama Portugal dan kemungkinan menyertai Al-Nassr pada Januari depan jika menandatangani kontrak bersama kelab itu.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini