WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

PIALA DUNIA: JERMAN ELAK BADI TERSINGKIR AWAL

Jerman mahu menjadikan Piala Dunia Qatar 2022 sebagai pentas memulihkan maruah negara itu susulan prestasi mengecewakan dalam beberapa kejohanan


Back To Sports Updates

Bahang saingan Piala Dunia Qatar 2022 semakin dirasai bagi peminat bola sepak seluruh dunia terutama persiapan pasukan yang mempertaruhkan bintang dunia mahupun pemain muda pada saingan itu.

Pasukan gergasi dunia seperti Jerman juga tidak terlepas melakukan persiapan mereka apabila mengumumkan barisan terbaik bagi menggalas cabaran tersebut terutama bagi memburu gela­ran kelima mereka di Piala Dunia.

Jerman dilihat mahu mengulangi pencapaian terbaik mereka sewaktu edisi 2014 di Brazil selepas menjulang gelaran tersebut de­ngan menewaskan Argentina 1-0 menerusi jaringan Mario Gotze.

Meskipun Marco Reus dan Mats Hummels terlepas peluang beraksi edisi kali ini disebabkan kecederaan, namun ketua jurulatih Jerman, Hansi Flick mempunyai percaturan terbaik apabila menyenaraikan bintang remaja berusia 17 tahun dari Borussia Dortmund, Youssoufa Moukoko dalam senarai 26 pemainnya.

Turut mendapat tempat adalah penyerang Werder Bremen, Niclas Fullkrug yang beraksi cemerlang musim ini untuk mengisi slot Timo Werner dan Lukas Nmecha.

Sementara itu, pemain-pemain Bayern Munich seperti Thomas Muller, Jamal Musiala, Leroy Sane, Serge Gnabry, Leon Goretzka dan Joshua Kimmich serta penjaga gol Manuel Neuer akan mengetuai pasukan dan kekal sebagai pilihan utama skuad tersebut.

Jerman bertekad untuk mengelak daripada diaibkan seperti edisi 2018 selepas ter­singkir di peringkat kumpulan memandangkan mereka berdepan laluan sukar apabila diundi bersama Sepa­nyol, Costa Rica dan Jepun bagi saingan kali ini. – KOSMO! ONLINE

PROFIL

PASUKAN: Jerman
GELARAN: Die Mannschaft
KETUA JURULATIH: Hansi Flick
KAPTEN: Manuel Neuer
RANKING FIFA: No.11 dunia
PENYERTAAN PIALA DUNIA: 20 kali
PENCAPAIAN TERBAIK: Juara 4 kali (1954, 1974, 1990, 2014)
RAMALAN PIALA DUNIA 2022: Juara

SENARAI 26 PEMAIN

PENJAGA GOL
Manuel Neuer (Bayern Munich)
Marc-Andre ter Stegen (Barcelona)
Kevin Trapp (Eintracht Frankfurt)

PERTAHANAN
Matthias Ginter (Freiburg)
Antonio Ruediger (Real Madrid)
Niklas Sule (Borussia Dortmund)
Nico Schlotterbeck (Borussia Dortmund)
Thilo Kehrer (West Ham United)
David Raum (RB Leipzig)
Lukas Klostermann (RB Leipzig)
Armel Bella-Kotchap (Southampton)
Christian Guenter (Freiburg)

TENGAH
Ilkay Gundogan (Manchester City)
Jonas Hofmann (Borussia Monchengladbach)
Leon Goretzka (Bayern Munich)
Serge Gnabry (Bayern Munich)
Leroy Sane (Bayern Munich)
Jamal Musiala (Bayern Munich)
Joshua Kimmich (Bayern Munich)
Thomas Mueller (Bayern Munich)
Julian Brandt (Borussia Dortmund)
Mario Goetze (Eintracht Frankfurt)

PENYERANG
Kai Havertz (Chelsea)
Youssoufa Moukoko (Borussia Dortmund)
Niclas Fullkrug (Werder Bremen)
Karim Adeyemi (Borussia Dortmund)

Sumber: Kosmo Online

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini