WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

CHELSEA SEDIA ROMBAK KESEBELASAN UTAMA

Potter sedia untuk memberi peluang kepada Pulisic, Kovacic, Gallagher dan Broja pada aksi EFL menentang City di Stadium Etihad awal pagi esok. - AFP


Back To Sports Updates

LONDON – Pengurus Chelsea, Graham Potter sedia merombak kesebelasan utama menjelang pusingan ketiga Piala Liga Ing­geris (EFL) menentang Manchester City di Stadium Etihad awal pagi esok.

Pertemuan itu dijangka sukar buat The Blues memandangkan mereka baru sahaja tewas 0-1 kepada Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu, sekali gus memberi kelebihan kepada City.

Justeru, Potter sedia untuk memberikan peluang kepada Christian Pulisic, Mateo Kovacic, Conor Gallagher dan Armando Broja selepas empat pemain itu bermain baik ketika masuk sebagai pemain gantian ketika bertemu Arsenal.

“Memang betul saya akan buat perubahan terhadap pasukan dengan menukar beberapa pemain ketika bertemu Manchester City nanti. Saya fikir ia adalah masa sesuai untuk berikan peluang kepada pemain-pemain lain.

“Kami tahu ia tidak akan jadi satu perlawanan yang mudah, namun Chelsea akan pergi ke sana dan berikan tentangan se­ngit kepada mereka. Sasaran kami adalah untuk menang dan layak ke pusingan seterusnya,” kata beliau.

Potter juga mengakui, saingan Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung hujung bulan ini datang tepat pada masanya kerana sebahagian besar pemain Chelsea sedang bergelut dengan masalah kecederaan.

“Saingan Piala Dunia nanti sedikit sebanyak membantu kami kerana beberapa pemain utama dijangka pulih ketika itu. Saya yakin pasukan akan kembali ke prestasi terbaik selepas pemain-pemain itu cergas,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini