WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

EPL: ARSENAL MULA RASAI AURA KEJUARAAN

Arsenal mencatat kemenangan ke-11 daripada 13 perlawanan ketika meraih kemenangan pada aksi derbi London menewaskan Chelsea kelmarin. – AFP


Back To Sports Updates

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta akhirnya menerima hakikat skuad kendaliannya adalah pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas menewaskan Chelsea 1-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge malam kelmarin.

Gol tunggal perlawanan menerusi pemain pertahanan, Gabriel Magalhaes pada minit ke-63 memastikan The Gunners kembali memintas Manchester City bagi menerajui saingan liga de­ngan mengumpul 34 mata.

Meskipun mengakui The Gunners boleh memenangi saingan liga musim ini, namun pengendali dari Sepanyol itu tetap berwaspada dengan ancaman yang mampu diberikan City sehingga ke penghujung musim.

“Secara jujur, kami sedang berada dalam perebutan takhta liga selepas kemenangan hari ini (kelmarin). Bagaimanapun, kami juga perlu bersedia kerana per­lawanan-perlawanan seterusnya akan menjadi lebih sukar.

“Cuba anda semua lihat Manchester City, mereka memiliki pemain serta jurulatih terbaik di dunia. Mereka sangat konsisten dalam semua pertandingan untuk tempoh enam tahun kebelakangan ini,” katanya.

Tambah beliau, Arsenal turun dengan tekanan cukup tinggi pada perlawanan malam kelmarin memandangkan kedudukan mereka sebagai pendahulu liga dipintas City yang menewaskan Fulham 2-1.

“Kami hilang kedudukan sebagai peneraju liga sebelum bertemu Chelsea, jadi ia beri tekanan kepada semua pemain. Bagaimanapun, kami sudah bersedia dengan situasi itu dan berjaya dapatkan tiga mata,” ujar Arteta.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini