• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

PEARLY-THINAAH TARIK DIRI TERBUKA HYLO

Pearly dan Thinaah menarik diri daripada Terbuka Hylo memandangkan mereka sudah layak ke Jelajah Dunia Akhir di Guangzhou, China pada Disember nanti


Back To Sports Updates

Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah sah menarik diri daripada beraksi pada Kejohanan Badminton Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman yang bermula semalam hingga Ahad ini.

Situasi itu sudah dijangka memandangkan pasangan di ran­king ke-11 dunia itu baru sahaja mencipta sensasi tersendiri dengan menjuarai Terbuka Perancis baru-baru ini.

Ia sekali gus menamatkan kemarau kejuaraan mereka dalam saingan Jelajah Dunia selepas kali terakhir merangkul gelaran Terbuka Switzerland di Basel pada Mac tahun lalu.

“Selepas berbincang, kami memutuskan untuk menarik diri (Terbuka Hylo).

“Kecederaan saya sudah sembuh sepenuhnya tetapi masih lagi perlu melakukan beberapa proses pemulihan selepas ini,” kata Pearly.

Penarikan diri daripada Terbuka Hylo tidak memberikan kesan negatif kerana Pearly dan Thinaah sudah layak ke Jelajah Dunia Akhir yang akan berlangsung di Guangzhou, China dari 14 hingga 16 Disember depan.

Gelaran Terbuka Perancis yang merupakan siri super 750 adalah faktor utama kejayaan itu, selain tiga kali mara ke separuh akhir tahun ini pada Terbuka Thailand, Indonesia Masters dan Malaysia Masters.

“Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan saya sekarang selepas apa yang saya lalui sebelum ini. Saya tidak pernah berputus asa dan sentiasa percaya ada pelangi selepas hujan,” jelas Pearly.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini