WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

CHELSEA SEDIA TERIMA RONALDO

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo kini sekadar menjadi pemain simpanan di bawah kendalian Erik ten Hag. - Foto AFP


Back To Sports Updates

LONDON: Chelsea berminat menandatangani bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo selepas pemain itu dipinggirkan oleh pengendalinya Erik ten Hag.

Ronaldo, 37, enggan masuk sebagai pemain gantian di akhir perlawanan menentang Tottenham Hotspur Rabu lalu, dan dia meninggalkan padang ketika permainan masih berlangsung.

Akibatnya, Ten Hag tidak menyenaraikan pemenang lima kali Ballond d'Or itu ketika perlawanan di Chelsea yang berkeputusan seri 1-1, dan mengarahkan Ronaldo berlatih sendirian di Carrington.

Masa depan penyerang Portugal itu bersama Red Devils kini kembali menjadi tanda tanya dengan spekulasi mengatakan kelab sedia melepaskannya pada Januari secara percuma sekiranya tiada tawaran.

Chelsea dikatakan berminat mendapatkan khidmat Ronaldo menjelang jendela perpindahan Januari nanti. Pada musim panas lalu, kelab London Barat itu ada menghubungi wakil pemain itu bagi membincangkan perpindahannya.

Dilaporkan, pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly mahu membawa Ronaldo ke Stamford Bridge, tetapi bekas pengendali Thomas Tuchel mempunyai perancangan lain.

Kini selepas Tuchel digantikan dengan Graham Potter, Boehly dijangka meneruskan hasratnya untuk mendapat sentuhan Ronaldo sehingga akhir musim ini sebelum dengan pilihan melanjutkan kontrak untuk musim seterusnya.

Ia dilihat sebagai pilihan terbaik buat legenda Real Madrid dan United itu yang mengharapkan penutup terbaik untuk karier gemilangnya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini