WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SENTUHAN SALAH MASIH TAJAM MENIKAM

Salah meraikan jaringan kemenangan ketika membantu Liverpool menewaskan City 1-0 pada aksi EPL di Stadium Anfield kelmarin. – AFP


Back To Sports Updates

LIVERPOOL – Gol tunggal Mohamed Salah ketika membantu kemenangan 1-0 Liverpool ke atas Manchester City di Anfield awal pagi semalam turut melonjakkan namanya di kedudukan kedua dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman The Reds.

Pencapaian itu memastikan bintang Mesir itu merekodkan 121 gol, sekali gus memintas legenda kelab, Steven Gerrard dengan kelebihan satu gol dan hanya dipisahkan tujuh jaringan berbanding pendahulu, Robbie Fowler.

“Manchester City sentiasa menghadirkan kesukaran kepada kami sama ada ketika bermain di tempat sendiri atau gelanggang lawan kerana mereka sentiasa menguasai permainan. Paling penting kami mampu dapatkan tiga mata dan perlu teruskannya lagi.

“Saya terlepas beberapa pe­luang tetapi saya tidak terlalu bimbang kerana yakin peluang kedua akan hadir. Saya hanya bimbang jika tidak mampu mencipta peluang tetapi pada perlawanan ini kami mencipta banyak peluang,” kata Salah.

Prestasi semasa Salah kali ini menghadirkan kelegaan buat peminat Liverpool dan kini me­ngumpul tiga gol dalam sembilan penampilan di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, sekali gus ramai yang percaya rekod ­Fowler bakal dipecahkan tidak lama lagi.

Sementara itu, Salah juga me­rasakan kemenangan ke atas City hadir tepat pada masanya untuk mengembalikan motivasi pasukan selepas dihimpit isu prestasi musim ini.

“Dalam beberapa minggu ini kami tidak berada pada tahap terbaik. Saya harap kemenangan ini akan beri keyakinan kepada kami untuk kembali catatkan kemenangan dan prestasi seperti inilah yang kami perlu teruskan.

“Buat masa sekarang kami tidak perlu terlalu fikirkan tentang kejuaraan kerana paling penting kami perlu fokus untuk menghadapi perlawanan seterus­nya,” kata Salah.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini