WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

KLOPP PUAS LIVERPOOL DAPAT GOL KEMENANGAN MINIT KE-98

Kesilapan benteng menghukum Liverpool apabila ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Alexander Isak pada minit ke-38


Back To Sports Updates

LIVERPOOL: Jurgen Klopp puas melihat Liverpool menewaskan Newcastle 2-1 hasil jari­ngan minit ke-98 selepas jengkel de­ngan sikap pemain Newcastle United yang membuang masa dalam aksi di Anfield semalam.

Kesilapan benteng menghukum Liverpool apabila ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Alexander Isak pada minit ke-38, malah Reds bernasib apabila gol kedua Isak dibatalkan pemgadil kerana ofsaid.

Begitupun, sebaik sahaja Rober­to Firmino meledak gol penya­maan pada minit ke-61, tuan rumah bertukar menjadi pasukan yang amat bahaya.

Apa yang membuatkan Klopp berang melihat seorang demi seorang pemain lawan terbaring dan dilihat sengaja melambat-lambatkan permainan menuju 30 minit terakhir.

Skuad The Magpies dilihat terdesak untuk mempertahankan kedudukan 1-1 dengan lebih banyak berkampung di kawasan sendiri.

Biarpun pengadil memberikan lima minit waktu kecederaan, namun wisel penamat masih tidak ditiupkan ketika jam memasuki minit ke-98 kerana sebelum itu tiga pemain Newcastle terbaring di atas padang memaksa permainan dihentikan seketika.

Akhirnya, pemain gantian, Fabio Carvalho muncul wira dengan menendang gol kemenangan, keputusan yang tidak menggembirakan Newcastle, namun membuatkan kem Reds puas.

“Saya fikir, berjaya menjaringkan gol selepas 90 minit (waktu kecederaan) adalah tindak balas sempurna. Saya sangat gembira.

“Sejujurnya, ia cara terbaik untuk memenangi perlawanan bola sepak. Saya tidak mahu ia berlaku setiap minggu tetapi kalau terjadi sekali dua sudah cukup bagus.

“Saya beritahu pemain pada rehat separuh masa ketika kami ketinggalan 0-1, kami dalam situasi agak terdesak, tidak melakukan hantaran tambahan dan bila kami melakukannya, kami menjadi amat bahaya.

“Kami berjaya mengekalkan ketenangan dan terus berjuang. Pada akhirnya akan menang,” kata pengendali Reds itu.

Kemenangan kedua musim ini membantu Reds melonjak ke tangga kelima liga, manakala Newcastle di kedudukan ke-12.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini