• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

TEN HAG PUJI SIKAP MAN UNITED

United memulakan aksi minggu ini di tangga tercorot Liga Perdana Inggeris, tetapi kini memintas Liverpool


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Erik ten Hag meraih kemenangan pertama liga sebagai pengendali Manchester United selepas jaringan Jadon Sancho dan Marcus Rashford memberikan kemenangan 2-1 ke atas Liverpool di Old Trafford.

United memulakan aksi minggu ini di tangga tercorot Liga Perdana Inggeris, tetapi kini memintas Liverpool kendalian Jurgen Klopp yang belum memenangi sebarang perlawanan musim ini.

Sebelum perlawanan, penyokong-penyokong United berarak ke Old Trafford sebagai bantahan ke atas pemilik kelab, keluarga Glazer.

Gerakan di sosial media yang mahu penyokong memulaukan perlawanan berkenaan selepas kekalahan 4-0 di Brentford, tidak kesampaian.

Bagaimanapun kemenangan pertama liga ke atas Liverpool sejak tahun 2018 tidak meredakan kemarahan peminat yang masih melaungkan "kami mahu Glazers keluar" sepanjang permainan.

Ten Hag tidak menyenaraikan Cristiano Ronaldo dan kapten Harry Maguire dalam kesebelasan utama pada aksi di Old Trafford.

Selepas menjadi pengendali pertama United, dalam tempoh lebih sedekad, tewas pada dua perlawanan pertama, bekas pengendali Ajax itu mendapat corak permainan yang dimahukannya.

"Kita boleh bercakap tentang taktik tetapi semuanya berkenaan sikap," kata Ten Hag.

Mohamed Salah merapatkan jurang untuk Liverpool ketika permainan berbaki 10 minit, tetapi sudah terlambat buat anak buah Klopp untuk sekurang-kurangnya memburu satu mata.

"Permulaan permainan adalah apa yang semua orang jangkakan, apa yang penyokong United mahukan. Mereka lebih agresif berbanding kami," kata Klopp.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini