WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

PIALA DUNIA 2022 BERMULA SEHARI AWAL

Perlawanan bola sepak antarabangsa edisi ke-22 merupakan Piala Dunia musim sejuk yang pertama, dijadual berlangsung dari 20 Nov hingga 18 Dis


Back To Sports Updates

ISTANBUL, 12 Ogos (Bernama) -- Piala Dunia Qatar 2022 akan bermula sehari lebih awal, badan induk bola sepak dunia mengesahkan pada Khamis.

"Piala Dunia FIFA 2022™ akan dimulakan dengan sambutan yang lebih hebat untuk peminat tempatan dan antarabangsa susulan negara tuan rumah Qatar dijadual menentang Ecuador pada Ahad, 20 November jam 19:00," menurut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Perlawanan dan upacara pembukaan temasya tahun ini di Stadium Al Bayt akan dianjak sehari lebih awal berikutan keputusan sebulat suara oleh Biro Majlis FIFA hari ini.

“Oleh itu, pertemuan antara Senegal dan Belanda telah dijadualkan semula pada Isnin, 21 Nov  dari 13:00 hingga 19:00,” menurut kenyataan itu.

Perlawanan bola sepak antarabangsa edisi ke-22 merupakan Piala Dunia musim sejuk yang pertama, dijadual berlangsung dari 20 Nov hingga 18 Dis.

Sebanyak 32 pasukan diundi dalam lapan kumpulan akan beraksi dalam kejohanan itu.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini