WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

STACY TAMPIL 'SINGLE' TERBARU SELEPAS SETAHUN

Stacy Anam, 27 tahun kini bersedia untuk kembali memeriahkan industri hiburan tanah air


Back To Whats Hot

Setelah setahun merehatkan diri daripada sebarang aktiviti nyanyian, Stacy Anam, 27 tahun kini bersedia untuk kembali memeriahkan industri hiburan tanah air.

Tampil dengan 'single' terbaru berjudul 'Cakap ke Tangan'  hasil ciptaan suaminya sendiri, Akim Ahmad yang lebih dikenali dengan nama pena, Hang Nedim bersama Laq.

Stacy turut menulis di Instagram mengharapkan sokongan positif daripada para peminatnya mengenai lagu terbarunya itu.

"Siapa sudah dengan 'sinlge' terbaru saya, angkat tangan! Jangan lupa untuk 'request' lagu ini di stesen radio tempatan.

"Semoga anda semua suka dengan lagu baru dari saya ya," tulisnya.

Sebelum ini, Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam melahirkan cahaya mata pada pertengahan Februari lalu ada memberitahu untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian setelah setahun berehat.

Dia juga sudah mempersiapkan diri untuk merakamkan lagu bagi album terbarunya sejak Mei lalu malah turut menyertai kelas vokal kerana sudah terlalu lama berehat.

- Sumber dari Sinar Harian