• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

SELEBRITI RALINE SHAH DILANTIK PENGARAH AIRASIA INDONESIA

Pelakon cantik Indonesia, Raline Shah dilantik sebagai pengarah baharu syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Indonesia


Back To Whats Hot

PELAKON cantik Indonesia, Raline Shah dilantik sebagai pengarah baharu syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Indonesia.

Berita itu diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Tony Fernandes menerusi Instagramnya semalam.

"Pengarah baharu kami di AirAsia Indonesia, Raline Shah. Bijak, kreatif dan merendah diri. Jawatan yang sudah bersedia untuk syarikat kami di IPO," tulis Tony.

Tony bagaimanapun belum mendedahkan secara terperinci jawatan Raline dalam syarikat penerbangan itu, begitu juga jurucakap AirAsia Indonesia, Baskoro Adiwiyono.

Raline dilahirkan di Jakarta pada 4 Mac 1984 dan menetap di Medan, Indonesia.

Pada tahun 2008, Raline mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik Putri Indonesia.

Selain model, Raline juga menyerlah dalam bidang seni suara dan lakonan. Antara filemnya yang mencuri tumpuan ialah 99 Cahaya di Langit Eropah, Supernova dan Surga Yang Tak Dirindukan.

Raline merupakan graduan Sains Politik dan Komunikasi & Media Baru dari National University of Singapore.

- Sumber dari Awani