WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

ALIFF SYUKRI CARI SEPASANG ANAK ANGKAT

Jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri mengumumkan hasrat untuk mencari sepasang anak angkat


Back To Whats Hot

JUTAWAN kosmetik Datuk Aliff Syukri mengumumkan hasrat untuk mencari sepasang anak angkat.

Aliff berkata, dia tidak kisah latar belakang bayi tersebut dan meminta orang ramai menghubunginya menerusi talian yang tertera bagi tujuan itu.

"Siapa yang nak berikan bayi kepada saya nak jaga... tak kisah anak itu dari mana. Anak luar nikah ke, apa ke... jangan nak buang saya nak jaga.

"Sila whatsapp segera ke 012-3545766. Hantar gambar baby tau saya nak sepasang. Dan detail semua untuk anak angkat saya," tulis Aliff dalam Instagram miliknya.

Antara komen yang diterima rata-ratanya memuji hasrat murni pengasas prosuk D'Herbs ini selain turut mendoakan dia sekeluarga terus dimurahkan rezeki.

Tak kurang ada yang secara berseloroh menawarkan diri untuk menjadi anak angkat Aliff.

Apa-apa pun semoga hasrat murni ini dipermudahkan.

- Sumber dari mStar