WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

AKTOR 'STAR-LORD' BERPISAH DENGAN ISTERI

Chris Pratt mengumumkan perpisah dengan isterinya, Anna Faris setelah bersama selama lapan tahun


Back To Whats Hot

AKTOR francais filem Marvel Cinematic Universe, Chris Pratt mengumumkan perpisah dengan isterinya, Anna Faris setelah bersama selama lapan tahun.

Perkara tersebut diumumkan di laman media sosial aktor berkenaan.

"Anna dan saya sedih untuk mengumumkan perpisahan kami. Kami sudah cuba untuk tempoh yang lama dan kami kecewa," kata Chris yang membawa watak 'Star-Lord' dalam filem 'Guardians of the Galaxy'.

Kenyataan yang sama juga dikeluarkan dari akaun Twitter Anna yang juga merupakan seorang pelakon, semalam.

Kedua-dua dikurniakan seorang anak lelaki sepanjang perkahwinan mereka.

- Sumber dari Sinar Harian