• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

DR VIDA TOLAK LAMARAN RANI KULUP

Pengasas produk kecantikan Vida Beauty Datuk Seri Hasmiza Othman menolak lamaran Abdul Rani Kulup Abdullah


Back To Whats Hot

PENGASAS produk kecantikan Vida Beauty Datuk Seri Hasmiza Othman menolak lamaran Abdul Rani Kulup Abdullah dan berkata lelaki itu tiada ciri pilihannya.

Dr Vida berkata, dia mahukan seseorang yang boleh memajukan perniagaanya selain memiliki lelaki bermata kelabu, kaya, muda serta kacak.

"Seseorang yang boleh memajukan perniagaan saya ke arah trillion ringgit. Itu baru boleh," katanya dipetik sebuah portal.

Dalam pada itu, Dr Vida turut mengingatkan Abdul Rani supaya tidak mencari publisiti murahan.

Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah itu berkata, beliau berharap Datuk Vida membuka peluang untuknya.

"Ayah boleh menjadi suami yang baik," katanya kepada Sinar Online.

Abdul Rani turut menyatakan kesudiannya menjadikan Siti Zabedah atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, sebagai isterinya.

- Sumber dari Sinar Harian