WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

TIADA TAWARAN BERLAKON, ATIKAH JADI PEGAWAI PEMASARAN

Aktres Atikah Suhaime, memilih untuk bekerja sebagai pegawai pemasaran di negara kelahirannya, Singapura


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Aktres Atikah Suhaime, memilih untuk bekerja sebagai pegawai pemasaran di negara kelahirannya, Singapura, selepas enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

Mula bekerja di bidang baharu itu sejak awal Julai lalu, pelakon berkenaan berbuat demikian mengenangkan wang simpanan hasil dunia seni semakin berkurangan.

Bintang filem, Pencuri Hati Mr Cinderella, yang bakal menemui penonton di pawagam mulai 10 Ogos ini, turut memberi gambaran untuk berehat seketika daripada dunia lakonan walaupun ia keputusan sukar untuk dilakukan.

Hasratnya itu dikongsi beliau menerusi laman sosial Instagramnya baru-baru ini, namun entri terbabit kemudian dibuang atas nasihat ibu tersayang.

"Susah juga jika hendak mengatakan saya akan berhenti berlakon sepenuhnya. Maklumlah, kalau saya cakap berhenti nanti, tiba-tiba saya berlakon semula, apa pula kata peminat?

"Jadi, jalan terbaik buat sementara waktu ini, baiklah saya cakap berehat sekejap. Saya juga belum tahu selama mana akan berehat daripada lakonan, tengoklah kata hati nanti," katanya.

Menurut Atikah, 26, beliau sekarang gembira dengan kehidupannya di Kota Singa.

"Selama lima tahun mencari rezeki di Malaysia, saya sebenarnya ketinggalan banyak perkara di Singapura. Malah, saya jarang berjumpa keluarga. Balik raya pun sekejap saja.

"Malah, sanak-saudara yang lama saya tidak jumpa pun kini sudah membesar. Jadi, saya mahu menggunakan waktu ini untuk lebih menghargai mereka yang disayangi," katanya.

Atikah juga memberitahu, keputusannya untuk mengundurkan diri seketika daripada lakonan turut mendapat sokongan peminat.

- Sumber dari Berita Harian