WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

'PENGARUH KAWAN ANTARA PUNCA CERAI' - FATIN AFEEFA

Pelakon, Fatin Afeefa, mengakui salah memilih kawan antara faktor yang mendorong kepada perceraiannya bersama bekas suami


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fatin Afeefa, mengakui salah memilih kawan antara faktor yang mendorong kepada perceraiannya bersama bekas suami, Adam Shahz, sejak 30 Mei lalu.

Fatin berkata, usia mudanya juga membuatkan beliau mudah terpengaruh dengan kata-kata rakan, yang menyumbang kepada keretakan rumah tangganya bersama Adam, yang juga seorang pelakon.

"Perceraian ini mengajar saya supaya berhati-hati memilih kawan bagi memastikan diri tidak terpengaruh dengan perkara negatif. Selain itu, kita juga tidak tahu agenda di sebalik keikhlasan mereka berkawan dengan kita.

"Selepas bercerai pula, saya tidak perlu bersusah payah menjauhkan diri daripada mereka kerana masing-masing terlebih dulu berbuat demikian terhadap saya. Mereka secara tidak langsung turut mendorong saya untuk membuat keputusan itu (berpisah).

"Saya tidak mempunyai ramai kawan, jadi apabila tersebarnya perkara tidak enak mengenai perihal rumah tangga, pasti saya sudah dapat menghidu dari mana punca cerita itu keluar," katanya kepada BH Online.

Fatin, 22, berkata biarpun timbul pelbagai spekulasi mengenai rumah tangganya sebelum ini, beliau memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu tertekan dengan perkara itu.

"Pelbagai persepsi diberikan orang ramai terhadap saya kerana sering memuat naik gambar 'selfie' dan sebagainya. Namun, mereka tidak tahu perkara sebenar. Apa yang pasti, tidak timbul istilah orang ketiga dalam hal ini.

"Saya memohon maaf apabila terpaksa berdolak-dalik mengenai status perceraian kami kerana tidak mahu tertekan. Malah, saya sendiri menitiskan air mata ketika memfailkan perceraian," kata Fatin.

Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin pada 21 Disember 2013. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2.

- Sumber dari Berita Harian