• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

WANITA KELAHIRAN MALAYSIA JUARAI MASTERCHEF AUSTRALIA

Seorang wanita kelahiran Malaysia menjuarai pertandingan Masterchef Australia musim ke 9


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Seorang wanita kelahiran Malaysia menjuarai pertandingan Masterchef Australia musim ke 9 yang baru sahaja tamat pada Isnin.

Menurut laporan, Diana Chan, 29, seorang akauntan di Melbourne, Australia, mengalahkan seorang lagi peserta, Ben Ungermann, muncul juara dengan perbezaan satu mata sahaja.

Diana memenangi wang tunai A$250,000 (RM849,004) trofi dan menjadi kolumnis dalam majalah Delicious.

Dalam pertandingan akhir itu, kedua-dua peserta dikehendaki menyediakan sejenis makanan yang bernama ‘Trio of Fruits’ yang merupakan rekaan Kirsten Tibbals dan Diana mendapat kelebihan mata berbanding Ben.

Diana merupakan warga Australia yang berasal dari Malaysia yang kedua untuk memenangi pertandingan itu, selepas Adam Liaw yang memenanginya dalam musim kedua.

- Sumber dari Awani