• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

GANGGUAN PITA SUARA, ADELE BERKOMUNIKASI GUNA BAHASA ISYARAT

Penyanyi antarabangsa Adele dilaporkan menggunakan bahasa isyarat ketika berkomunikasi, susulan gangguan yang dialami pada pita suaranya


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Penyanyi antarabangsa Adele dilaporkan menggunakan bahasa isyarat ketika berkomunikasi, susulan gangguan yang dialami pada pita suaranya.

Penyanyi bersuara emas itu terpaksa berdiam diri selepas gangguan itu, yang memaksa dia membatalkan dua konsert yang dijadualkan pada awal bulan ini di Stadium Wembley, London.

Media antarabangsa mendedahkan, ketika Adele dan suaminya Simon Konecki melakukan lawatan ke sekolah anaknya, Angelo, 4, baru-baru ini, Konecki terpaksa melakukan semua perbincangan.

Adele difahamkan tidak bercakap dan hanya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.

Memetik laporan portal The Sun, beberapa pihak yang tidak menyedari masalah kesihatan Adele tampil bertanya kenapa dia berdiam diri, namun dia tidak mampu menjawab persoalan mereka.

Sebelum ini, pasangan itu dikhabarkan akan kembali ke United Kingdom (UK) sepenuh masa.

Lawatan sekolah untuk anaknya di UK itu juga dilihat sebagai persiapan untuk mereka berpindah ke sana dari Los Angeles.

- Sumber dari Awani