WHAT'S NEXT

CATS DRIVETIME

05.00pm - 09.00pm

JANGKITAN WABAK ANJING GILA/REBIES: KANAK-KANAK PEREMPUAN MANGSA KETIGA MENINGGAL DUNIA

Seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun yang merupakan mangsa ketiga wabak penyakit anjing gila atau rabies


Back To Whats Hot

Seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun yang merupakan mangsa ketiga wabak penyakit anjing gila atau rabies telah disahkan meninggal dunia di Unit Jagaan Rapi Kanak-kanak (PICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini, lapor Bernama.

Ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kanak-kanak perempuan tersebut yang berasal dari Kampung Lebor, Gedong, Bahagian Serian itu telah meninggal dunia pada 2.16 petang akibat rabies encephalomyelitis.

“Sehingga hari ini (13 Julai), terdapat empat kes disahkan rabies di Serian, Sarawak di mana tiga kes telah meninggal dunia dan satu kes iaitu kes keempat sedang dirawat di wad PICU HUS dan dalam keadaan kritikal.

“Tiada kes baharu rabies dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 4 Julai lepas, mangsa pertama dan kedua yang juga adik-beradik, Monica dan Jackson Mazlan masing-masing berusia enam dan empat tahun telah meninggal dunia.

Mereka yang menetap di Kampung Paon, Sungai Rimu Bakung, Serian meninggal dunia di PICU HUS selepas dikesan dijangkiti virus itu hujung bulan lepas.

Mangsa terbaru yang merupakan mangsa keempat dijamgkiti wabak rabies yang merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang perempuan berusia lima tahun dari Kampung Ampungan, Serian sedang dirawat di PICU HUS.

Dr Noor Hisham berkata Pengesanan Kes Aktif (ACD) bagi mengesan kes gigitan anjing telah dilaksanakan di kawasan kejadian wabak rabies di Serian oleh Pejabat Kesihatan Serian bersama-sama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak.

“Aktiviti ACD telah dilaksanakan di 96 penempatan yang melibatkan 5,663 rumah dan 21,978 penduduk ditemu duga bagi sejarah gigitan anjing.

“Sebanyak 225 kes gigitan anjing telah dikesan di kawasan wabak Daerah Serian dan telah diberikan rawatan. Aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan rabies juga telah diberi kepada penduduk kampung berkenaan,” katanya.

- Sumber dari SiakapKeli.my