WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND BEAT

05.00pm - 09.00pm

KUMPUL 4.9 JUTA PENGIKUT, NEELOFA RAMPAS GELARAN 'RATU INSTAGRAM' DARI NORA DANISH

Takhta pelakon Nora Danish sebagai individu dengan pengikut paling ramai di Instagram


Back To Whats Hot

TAKHTA pelakon Nora Danish sebagai individu dengan pengikut paling ramai di Instagram akhirnya berjaya dirampas oleh pelakon dan pengacara, Neelofa.

Secara rasminya, Neelofa mengumpul 4.9 juta pengikut pada Khamis, manakala Nora pula mempunyai 4.8 juta pengikut.

Neelofa sendiri nampaknya cukup teruja dengan perkembangan itu dan memuat naik status ke akaun Twitter.

Usahawan jenama Naelofar itu semakin popular semenjak kebelakangan ini selepas drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot mencipta fenomena awal tahun ini.

Nora sebelum ini merupakan individu tempatan pertama yang berjaya mengumpul sejuta pengikut di Instagram, pada tahun 2014.

 - Sumber dari Awani