WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

BIEBER DIDENDA?

Justin Bieber dibuat oleh Hakim Rudi Baldi Loewenkron setelah mengesahkan bahawa Bieber telah membayar denda sebanyak AS$6,000


Back To Whats Hot

Keputusan menutup prosiding undang-undang seorang bintang terkemuka, Justin Bieber dibuat oleh Hakim Rudi Baldi Loewenkron setelah mengesahkan bahawa Bieber telah membayar denda sebanyak AS$6,000 (RM 25,000) kerana menconteng dinding sebuah hotel bersejarah pada 2013.

Wang tersebut sudah pun disumbangkan kepada Institut Barah Negara Mei lalu, seperti yang dicadangkan pendakwa raya.

Kejadian itu berlaku ketika beliau berumur 19 tahun dan membuat lawatan ke Rio de Janeiro pada 2013 selepas enggan menghasilkan graffiti di kawasan yang mendapat kebenaran Datuk Bandar atas alasan keselamatan.

Bieber juga dirakam muncul berselimut dari sebuah rumah pelacuran terkenal di Rio dan cuba membawa masuk pelacur ke hotel mewah Copacabana Palce pada lawatan yang sama namun gagal.

Disebabkan perkara tersebut, Justin Bieber naik berang lalu memecahkan pelbagai objek di bilik hotelnya bernilai  hampir AS$6,000 (RM25,000) secara keseluruhan.

- Sumber dari Berita Harian