WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

WAH CANTIKNYA! 'RQ2174' PLAT KERETA ROZITA CHE WAN

RAYA sakanlah Rozita Che Wan tahun ini, maklumlah baharu sahaja menerima sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama Haval H2


Back To Whats Hot

Raya sakanlah Rozita Che Wan tahun ini, maklumlah baharu sahaja menerima sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama Haval H2 sebagai penghargaan selepas dilantik sebagai duta jenama itu Oktober lalu.

Rozita atau lebih mesra dengan gelaran Che Ta berkata, dia tidak menyangka menerima hadiah berkenaan menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Lebih menarik kereta tersebut diberikan dengan nombor pendaftaran istimewa dari Perlis, 'RQ2174', bermaksud Rozita. 

"Alhamdulillah saya tidak menyangka dapat sebuah kereta dengan nombor pendaftaran nama saya sendiri. Haval bukan jenama asing bagi saya dan saya mengikuti perkembangan kereta itu sejak dilantik menjadi duta,

"Tentang harga nombor pendaftaran itu diuruskan oleh pihak Haval," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamil berkata, pihaknya berbangga kerana Che Ta sudi menjadi duta kepada Haval Malaysia.

Tambah SM Nasimuddin, pihaknya berharap pelakon drama Kiah Pekasam itu dapat menggunakan kenderaan berkenaan untuk kegunaan seisi keluarga.

Kenderaan SUV keluaran China ini dijual dengan harga serendah RM89,950, termasuk GST dan insurans bagi transmisi manual, manakala varian premium bermula dari harga RM101,950.

- Sumber dari mStar