• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

LINDSAY LOHAN HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA MAHER ZAIN

Penyanyi dan pelakon Lindsay Lohan dilihat hadir ke majlis berbuka puasa anjuran penyanyi terkenal, Maher Zain


Back To Whats Hot

Penyanyi dan pelakon Lindsay Lohan dilihat hadir ke majlis berbuka puasa anjuran penyanyi terkenal, Maher Zain di London, semalam.

Majlis yang diadakan sempena projek One Family Global itu bertemakan Iftar at The Savoy.

Menerusi foto yang dimuat naik di laman Instagram (IG) rasmi @onefamilyglobal, Lindsay Lohan dilihat bukan hanya hadir sebagai tetamu malah dia turut berucap di hadapan tetamu lain mengenai isu perdagangan manusia.

Sementara itu Maher Zain turut re-tweet dan re-post status dan foto di Twiiter dan IG  tetamu yang menghadiri majlis tersebut yang mana rata-ratanya menampilkan foto-foto Lindsay Lohan di acara tersebut.

Bagaimanapun penyanyi popular yang berasal dari Lubnan itu tidak memberi sebarang komen mengenai kehadiran bintang Hollywood itu.

- Sumber dari Awani