WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

AFDLIN SHAUKI TELAH SELAMAT TIBA DI LEBANON

Pelawak dan produser, Afdlin Shauki telah selamat tiba di Beirut, Lebanon pada pukul 11 malam hari Sabtu


Back To Whats Hot

Pelawak dan produser, Afdlin Shauki telah selamat tiba di Beirut, Lebanon pada pukul 11 malam hari Sabtu mengikut waktu Malaysia.

Untuk makluman semua, Afdlin telah ke Lebanon untuk melaksanakan misi kemanusiaan iaitu Misi Bantuan Pelarian Syria selama seminggu.

Beliau turut disertai lima orang wakil daripada Yayasan Kubra dan Yayasan Afdlin Shauki.

Sumbangan yang disalurkan adalah dalam bentuk kewangan, makanan serta ubat-ubatan.

“Serentak itu, saya rasa terpukul dan perasaan ingin ke sana pada Ramadan sangat kuat dan telah membuat perancangan teliti untuk membantu menerusi Yayasan Afdlin Shauki dan Yayasan Kubra sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Ini merupakan kali pertama Afdlin telah melakukan misi bantuan Syria pada bulan Ramadhan. Beliau aktif melakukan kerja-kerja amal sejak 2012.

- Sumber dari Astro Gempak