WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

JENAMA PAKAIAN YANG MENGGUNAKAN MODEL ‘DOWN SYNDROME’ UNTUK KEMPEN RAYA!

Seringkali kita melihat kebanyakan jenama pakaian di Malaysia menggunakan model yang sempurna sifat


Back To Whats Hot

Seringkali kita melihat kebanyakan jenama pakaian di Malaysia menggunakan model yang sempurna sifat, sama ada wajah tempatan mahupun dari luar negara.

Namun, berbeza pula bagi jenama Maqilla yang tampil dengan idea tersendiri untuk menggunakan model yang terdiri dalam kalangan pesakit Down Syndrome. (Down Syndrome adalah penyakit yang mencacatkan keupayaan kognitif kanak-kanak dan pertumbuhan fizikal secara tidak sempurna.)

Kempen itu merupakan sebuah kolaborasi bersama Persatuan Sindrom Down Malaysia dan sebahagian daripada setiap pembelian akan disalurkan kepada persatuan tersebut.

"Di bulan Ramadhan ini, Maqilla Boutique berbesar hati melalui kerjasama dengan Persatuan Sindrom Down Malaysia untuk berbakti kepada golongan istimewa ini.

"Setiap pembelian produk, RM10 akan disalurkan kepada persatuan ini," maklum jenama pakaian itu.

Dua model istimewa yang terbabit untuk kempen raya jenama itu ialah Khoh Hui Qi dan Siti Marina Frohlich.

Jamie Brewer, kanak-kanak Down Syndrome, juga pernah menjadi model 'catwalk' ketika Minggu Fesyen New York dua tahun lalu.

Selepas gambar-gambar fotografi kempen raya Maqilla dimuat naik, ia mula tular apabila dikongsikan oleh pengguna Twitter @AinulNunanaa.

Koleksi gambar itu telah mendapat lebih 16,000 ulang kicau (retweet) dan 8,000 like.

Apakah pendapat anda? Wajarkah mereka menggunakan kanak-kanak ini sebagai model pakaian atau tidak?

- Sumber dari Astro Gempak