WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

FATTAH DAN FAZURA AKUR MENJADI MANGSA CEMBURU!

Tunjang utama drama rantaian Hero Seorang Cinderella (HSC) akur dengan hakikat dicemburui dan dimusuhi banyak pihak


Back To Whats Hot

Tunjang utama drama rantaian Hero Seorang Cinderella (HSC) akur dengan hakikat dicemburui dan dimusuhi banyak pihak yang tidak senang melihat kemesraan serta keserasian ditunjukkan mereka dalam drama mahupun di luar lokasi.

Mereka berkata walaupun terpaksa berdepan pelbagai ujian seperti dikecam netizen, selain segelintir golongan selebriti yang secara terang-terangan meluahkan perasaan tidak puas hati di laman sosial, Fattah dan Fazura enggan melatah serta lebih selesa mengambil pendekatan untuk terus berdiam diri.

"Saya dengan Fattah selalu cakap, kita tak boleh membaca hati orang. Kita juga tidak mampu untuk menduga niat seseorang sama ada baik atau sebaliknya.

"Pernah berlaku ketika saya menghadiri satu sesi promosi, tiba-tiba 'client' saya tidak dapat memuat naik gambar kerana akaun Instagram kami digodam.

"Tak sangka ada pihak yang busuk hati sampai ke tahap hendak menutup periuk nasi orang. Saya serahkan perkara ini kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dan mungkin tindakan susulan akan dibuat terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu," kata Fattah.

- Sumber dari Berita Harian