WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

REZEKI YANG TIDAK DIDUGA DI BULAN RAMADHAN

Seorang anak penjual burger di antara lima pelajar Univerisiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang terpilih mengikuti Program Ijazah Berkembar


Back To Whats Hot

Seorang anak penjual burger di antara lima pelajar Univerisiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang terpilih mengikuti Program Ijazah Berkembar di Jerman pada September depan.

Pelajar Fakukti Kejuteraan Pembuatan (FKP), Ain Fatehah Mohd Hisham, 22, berkata, pemilihannya itu sebagai rezeki yang tidak diduga di bulan Ramadan dan akan menjadi suntikan semangat untuk terus gigih mencapai kecemerlangan sekali gus berjaya menggenggam dua ijazah sarjana muda melalui program 'Mobiliti Outbound di University of Applied Sciences and Arts (HsH) Jerman.

Segala kos termasuk yuran pengajian dan kos sara hidup ditanggung menerusi tajaan Biasiswa Erasmus+ yang pertama kali diperkenalkan dalam kalangan universiti-universiti awam Malaysia berjumlah RM 39,605.00 daripada jumlah keseluruhan RM160, 815.00 termasuk dana Tabung Mobiliti Pelajar UTeM.

"Alhamdulillah, syukur permohonan saya berjaya walaupun terpaksa menempuh beberapa ujian dari pihak universiti, dan usaha belajar bahasa Jerman sejak tahun lalu akhirnya terbalas.

"Bukan sekadar untuk menimba pengalaman belajar di negara orang, namun lebih penting rezeki ini menjadi lonjakan kepada saya untuk terus menunjukkan prestasi cemerlang bagi mengubah nasib keluarga kepada lebih baik kelak," katanya.

- Sumber dari Sinar Harian