WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

AFDLIN SHAUKI PERGI KE LEBANON UNTUK MEMBANTU PELARIAN SYRIA

Pelakon Tanah Air Mengembara Ke Lebanon Untuk Menolong Saudara Muslimin Dan Muslimat!


Back To Whats Hot

Pelakon Malaysian, Afdlin Shauki, yang telah menubuhkan Yayasan Afdlin Shauki telah membantu mereka yang kurang berkemampuan, akan ke Lebanon pada 10 June untuk sebuah misi membantu pelarian Syria.

Misi akan berlangsung selama 6 hari dan telah dianjurkan bersama Yayasan Kubra Malaysia. Ini adalah projek pertama beliau bawah yayasan ini dan lima orang akan menyertainya dalam misi ini.

Dalam sebuah video, dia menyeru kepada semua warga Malaysia untuk membantu para pelarian Syria yang sedang menderita di kem pelarian di Lebanon dan menghadapi pelbagai jenis cabaran disebabkan oleh ‘poor living conditions’.

Mereka yang ingin menyumbang dana kepada mereka boleh berbuat sedemikian melalui Tabung Pendidikan dan Kebajikan Yayasan Kubra.

Apabila dihubungi, Afdlin telah memaklumkan bahawa mereka berharap agar dapat menghantar bantuan bernilai sebanyak RM200,000 dalam bentuk kewangan, makanan dan rawatan kepada pelarian Syria di Lebanon.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/yayasankubra

- Sumber: The Star2