WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

BEG KOKAIN: KELDAI DADAH DITAHAN DI SHANGHAI

Penyeludup Dadah Semakin Kreatif Tetapi Bukan Untuk Niat Yang Baik!


Back To Whats Hot

        Pihak berkuasa di Shanghai telah menangkap seorang wanita yang dipercayai cuba untuk menyeludup masuk dua bagasi ke dalam China yang diperbuat daripada dadah kokain hampir 100%. Pihak kastam telah melaksanakan imbasan X-Ray ke atas bagasi wanita tersebut dan hasil imbasan telah menunjukkan bagasinya sangat gelap warnanya dan agak berat walaupun dikosongkan.

     Sampel ujian telah mengatakan bahawa bagasi tersebut diperbuat daripada sekurang-kurangnya 10 kg dadah kokain. Kebanyakan pengedar dadah menjadi kreatif dalam usaha mereka untuk menyeludup masuk dadah. Antaranya termasuk seperti membuat pembuat plaster untuk kaki daripada dadah dan melarutkan dadah dalam arak agar tidak dikesan imbasan x-ray.

      Dadah kokain sangat jarang dijumpa di China dan wanita tersebut difahami akan dikenakan denda yang bagitu dahsyat disebabkan oleh tindakannya untuk menyeludup masuk dadah. Undang-undang China mengatakan bahawa sesiapa yang ditangkap mengedar dadah kokain melebihi 50 gram akan dikenanakan hukuman gantung sampai mati. Ini merupakan kali pertama teknik menyeludup dadah ini dikenal pasti dan berkemungkinan besar lebih banyak kes seperti ini berjaya terlepas daripada pandangan pihak kastam sebelum ini.

- Sumber: BBC & Sinar Harian