WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

BUBUR LAMBUK MERUPAKAN HIDANGAN PERPADUAN SEMUA KAUM

Hidangan yang mudah untuk disediakan ini berupaya menyatukan semua kaum di Malaysia!


Back To Whats Hot

     Hidangan Bubur Lambuk dikatakan adalah menu yang selalu ditunggu-tunggu oleh semua kaum di negara ini terutamanya pada bulan Ramadhan. Naib Ketua UMNO Bahagian PJS Datuk Mutalif Rahim berkata, perkara ini sekali gus menandakan kesepakatan yang begitu erat antara kaum yang sentiasa menginginkan kehidupan dalam suasana yang harmoni.

   “Pada kebiasaannya, bubur lambuk hanya dinikmati dan digemari kaum Melayu. Namun, dalam bulan Ramadhan yang berkat ini, komponen BN daripada MCA, MIC, Gerakan dan MyPPP yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama telah bekerjasama untuk mengedarkan Bubur Lambuk kepada masyarakat di sekeliling Taman Medan, Petaling Jaya Selatan. Semangat kebersamaan dan kesepakatan dapat diterjemahkan melalui sesuatu yang biasa seperti bubur lambuk dan bukannya perlu menyibukkan diri dengan politik semata-mata.

    Bubur Lambuk telah diagihkan kepada kira-kira 1000 orang di kawasan tersebut dan antaranya termasuk mengunjungi rumah, surau, jalan raya, dan bazaar. Komponen BN Petaling Jaya Selatan percaya bahawa semangat kerjasama yang kuat telah menjayakan program ini. Berdasarkan Datuk Donald Lim, Pengerusi BN di Petaling Jaya Selatan, beliau berkata bahawa program tersebut merupakan lambang setiakawan yang tidak mengira latar belakang walaupun hanyalah sekadar mengedarkan Bubur Lambuk. Malaysia sangat unik kerana warga Malaysia mempunyai pelbagai perbezaan namun tetap berkongsi sesama sendiri apa-apa sahaja yang ada.

- Sumber: Astro Awani