WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

DATUK SITI NURHALIZA MEMPELAJARI MMA UNTUK WATAK SUPERHERO DALAM VIDEO MUZIK

Pernahkah Anda Melihat Datuk Siti Nurhaliza Menggunakan Seni Mempertahankan Diri?


Back To Whats Hot

     Video muzik terbaru Datuk Siti Nurhaliza memang menakjubkan! Video muzik untuk lagu ‘Segala Perasaan’ yang dikeluarkan pada hujung bulan Mei lepas memaparkan penyanyi berumur 38 tahun ini yang memainkan watak superhero ‘Nour Eriqa’ yang berpakaian menggunakan mantel kelabu dan topeng ‘metallic’. Kebanyakan video yang dibuat sebelum ini berfokus kepada penggambaran detik-detik keindahan, dengan solekan yang sentiasa sempurna dan cantik apabila ditanya tentang inspirasinya di sebalik konsep superhero.

 

     Datuk Siti Nurhaliza telah berbincang dengan pasukannya dan mereka telah merancang untuk memberikan kelainan kepada video muziknya. Beliau telah sekian lama ingin memainkan watak sebagai seorang superhero. Dalam video muzik tersebut, dengan hanya menggerakkan tangannya, pasangan suami isteri tua yang bergaduh dan seorang kanak-kanak yang merajuk. Kemudian, wataknya telah berlawan dengan seorang penjahat yang bertopeng yang mengancam keselamatan penduduk.

 

     Namun, plot superhero ini agak berbeza dengan lirik lagu yang lebih berbunyi seperti balada romantik yang klasik. Untuk memulakan persediaan sebagai watak tersebut, Siti telah mendedahkan bahawa dia telah diajar oleh seorang jurulatih ‘Mixed Martial Arts’, Ann Osman. Ann telah mengajar beliau tentang seni mempertahankan diri yang betul. Mereka berdua telah mengulangi sesi penggambaran beberapa kali dengan menggunakan pelbagai sudut penangkapan.

 

‘Segala Perasaan’ adalah single terbaru daripada album studionya yang ke-17.

- Sumber: The Star