WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

19 MAUT, 50 CEDERA DALAM LETUPAN DI KONSERT ARIANA GRANDE

Dua letupan dilaporkan berlaku ketika berlangsungnya konsert Ariana Grande di Manchester Arena


Back To Whats Hot

MANCHESTER: Dua letupan dilaporkan berlaku ketika berlangsungnya konsert Ariana Grande di Manchester Arena, UK pagi ini.

Insiden meragut nyawa sekurang-kurangnya 19 orang dan mencederakan 50 yang lain.

Terdahulu, portal BBC meletakkan jumlah korban mencecah 10 orang, manakala polis sedang menyiasat kes itu sebagai insiden keganasan, lapor BBC.

Manchester Arena ialah stadium tertutup di utara bandar Manchester.

Menerusi akaun Twitter Greater Manchester, polis turut meminta orang ramai agar tidak mengunjungi lokasi berkenaan.

Rakaman video menunjukkan keadaan bertukar kecoh di Manchester Arena apabila ribuan penonton lari bertempiaran selepas mendengar bunyi letupan.

Penyanyi Ariana Grande bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan selamat.

Sementara itu, presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Manchester Khoo Soo Han ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan pihaknya sedang berhubung dengan pemimpin pelajar lain berhubung perkara ini.

“Kami juga sedang mengenal pasti pelajar yang dipercayai menghadiri konsert itu di Manchester Arena,” kata Khoo.

Saksi kejadian melaporkan ternampak kira-kira 20 ke 30 orang terbaring di atas lantai konsert di mana letupan dilaporkan berlaku, menurut portal BBC.

- Sumber dari Awani