WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

GARA-GARA DENDAM, KANAK-KANAK UMUR 8 TAHUN PUTUS JARI DITETAK BAPA SAUDARA SENDIRI

Gara-gara dendam, seorang lelaki sanggup menetak tangan anak saudaranya sendiri yang baru berusia lapan tahun sehingga jarinya putus


Back To Whats Hot

KUCHING: Gara-gara dendam, seorang lelaki sanggup menetak tangan anak saudaranya sendiri yang baru berusia lapan tahun sehingga jarinya putus sebelum melarikan diri dalam satu kejadian di Batu 10 Jalan Penrissen di sini, semalam, lapor Harian Metro.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari itu di mana ketika itu mangsa sedang berada di rumah bersama abangnya berusia 19 tahun kerana ibu dan bapanya sedang bekerja tidak jauh dari situ.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 31 tahun meluru masuk sebelum menetak jari mangsa menggunakan pisau.

"Suspek kemudian melarikan diri dan kejadian hanya disedari abang mangsa selepas kanak-kanak itu meraung kesakitan.

"Siasatan awal mendapati kejadian bermotifkan dendam kerana suspek tidak berpuas hati kerana bapa mangsa ada membuat laporan polis mengenai kegiatan suspek yang melakukan pecah rumah sehingga ditahan.

"Mangsa kini dalam keadaan stabil dan operasi memburu suspek yang dikenali sebagai Ringkai Endawie sedang giat dijalankan," katanya.

Tetakan itu telah menyebabkan jari kelingkingnya terputus, mujur kejadian disedari oleh abang mangsa yang kemudian cuba menghalang suspek menyebabkan dia terus melarikan diri.

Ibu bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai insiden tersebut kemudian bergegas pulang dan mengejarkannya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.

- Sumber dari Harian Metro