WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

5 TREND REMAJA KITA DULU YANG BUAT KITA MENGUCAP PANJANG MELIHAT DIRI SENDIRI

Ala, tarian macam sotong tu? Yang kalau dilihat macam sotong nak mengawan tapi tak ada orang layan? Takkanlah tak pernah kot


Back To Whats Hot

Pernah tengok remaja kita rave?

Ala, tarian macam sotong tu? Yang kalau dilihat macam sotong nak mengawan tapi tak ada orang layan? Takkanlah tak pernah kot. Di negara kita, tarian rave atau nama Melayunya, tarian boek adalah salah satu trend yang harapnya pupus satu hari nanti dan langsung tidak meninggalkan legasi. Tapi gejala ikut trend ni bukannya hanya berlaku di kalangan anak muda zaman sekarang, malahan sebenarnya telah berlaku sekian lama cuma bila orang muda dulu dah tua dan dah ada kemudahan internet, mereka menyuarakan ketidak puasan hati mereka lalu benda tu nampak macam kelakar.

Padahal trend-trend dulu pun sebenarnya sama kelakar. Berikut adalah 5 trend di Malaysia yang tak masuk akal dan diharap agar pupus tanpa ada mana-mana pihak pun cuba memperjuangkan pemeliharaannya.

1. Pakai CD kat leher

Dipopularkan oleh kumpulan 4U2C, memakai CD adalah satu kegilaan remaja zaman 90-an. Entah apalah tujuan pakai CD di leher menjadi ikutan tetapi pemakainya tidak kelihatan cool langsung, sebenarnya. Walaupun begitu, dari sudut praktikal, jika seseorang itu mempunyai CD yang senantiasa tergantung di leher, mereka ada cermin setiap masa. Jadi dia dapat memeriksa rupa mereka pada bila-bila masa dan kawan-kawan pun dapat berkongsi sama. Pada zaman telefon tidak ada kamera selfie untuk diguna sebagai cermin kecemasan, kita boleh nampak nilai gantung CD kat leher.

Kewajaran diteruskan : 0/5

2. Seluar jatuh

Kami tak pasti siapa yang mulakan trend seluar jatuh ni, tapi yang pasti trend seluar jatuh ni bermula pada era muzik breakdance kembali hangat. Apa yang kami harapkan adalah agar mereka yang telah menuruti trend ini supaya kembali ke pangkal jalan. Tak kiralah siapa pun anda, silalah kembali ke pangkal jalan.

Kewajaran diteruskan : 0/5

3. Shuffle

Ini satu trend yang kami boleh terima. Walaupun tarian ini nampak lebih meriah jika dilakukan beramai-ramai, tarian ini juga nampak tidaklah teruk sangat jika dilakukan secara solo. Dengan gerakan tarian yang smooth jika penarinya mendapatkan latihan yang cukup, kami rasakan tarian shuffle ini boleh kekal relevan asalkan penarinya melakukan gerakan di dalam bilik, seorang diri.

Kewajaran diteruskan : 3/5 (Ada potensi)

4. Pakai cap terbalik

Ada juga di antara kami yang masih lagi mengamalkan perkara ini. Jadi kami akui, kami akan kelihatan bias di sini. Memakai cap terbalik akan membuatkan anda kelihatan cool dan penggusti terkenal Amerika, iaitu John Cena gemar memakai topi terbalik. Ya kami tahu di Amerika Syarikat cuacanya sejuk dan di Malaysia cuacanya panas lalu memerlukan pemakaian cap yang betul, tapi kami tak peduli. Cap terbalik adalah satu trend yang cool. Untuk memperbaiki trend ini dari segi praktikalnya kerana kita mahukan faedah sebenar memakai topi, apa kata kita pakai dua cap serentak. Satu cap terbalik, lagi satu cap yang dipakai dengan betul. Jadi kita dapat dua-dua faedah serentak; kelihatan cool dan terlindung dari terik matahari.

Kewajaran diteruskan : 2/5

5. Pakai baju hujan

Kami rasakan pelopor trend ini di Malaysia adalah kumpulan KRU. Kami juga pasti jika Yusri, Edry dan Norman melihat kembali mereka pada zaman ini, pasti mereka akan mengilai 44 hari tanpa henti. Walaupun begitu, memakai windbreaker ini ada faedahnya. Faedahnya adalah semua orang akan menganggap anda mat sukan walaupun hakikatnya, anda lebih gemar duduk di depan komputer melayan internet. Keburukannya pula, orang anggap anda mat sukan jadi jika anda termengah-mengah nak tangga, persepsi orang kepada anda akan menjunam. Satu-satu golongan yang dibenarkan memakai windbreaker ke mana-mana adalah golongan penunggang motorsikal.

Kewajaran diteruskan : 1/5 jika anda bukan ahli sukan atau penunggang motorsikal