WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

KASTAM GALI SEMULA KEPAK AYAM

Pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sarawak mengambil tindakan menggali semula kepak ayam yang dilupuskan di sebidang tanah di Jalan Teluk Engkalat


Back To Whats Hot

SIBU - Pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sarawak mengambil tindakan menggali semula kepak ayam yang dilupuskan di sebidang tanah di Jalan Teluk Engkalat pada Jumaat lalu dan memindahkannya ke tapak pelupusan sampah Kemuyang.

Pada sidang akhbar di sini hari ini, Ahmad Zainudin Drahman yang memangku tugas Pengarah KDRM Sarawak berkata, kerja-kerja penggalian dan pemindahan itu telah dimulakan pada pagi hari dan dipantau oleh pegawai Pejabat Veterinar Sibu.

Menurut beliau, tanah dan sisa kepak ayam yang tertinggal disembur dengan calcium hyperchloride dan sodium hyperchloride untuk menyahkan bakteria sebelum dipindahkan ke tapak pelupusan sampah itu.

Katanya sebanyak 81,500kg kepak ayam dari Netherlands telah dirampas oleh pasukan penguat kuasa dari Putrajaya pada 23 Februari lalu di Lembaga Pelabuhan Rajang kerana tiada permit import.

Nilai kepak ayam yang terlibat adalah dianggarkan RM543,756 dengan duti import RM108,751.20.

Penduduk setempat yang mendengar berita mengenai perlupusan yang diuruskan KDRM Putrajaya itu telah menggali kepak-kepak ayam beku pada Selasa lalu untuk kegunaan sendiri dan untuk dijual.

Ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap risiko kesihatan dalam kalangan pengguna yang memakan kepak ayam tersebut.

- Bernama