WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SALMAN KHAN ADAKAN KONSERT DI MALAYSIA SELEPAS SEDEKAD

Selepas hampir 10 tahun, superstar Bollywood Salman Khan akan mengadakan konsert di Malaysia


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Selepas hampir 10 tahun, superstar Bollywood Salman Khan akan mengadakan konsert di Malaysia pada 14 April ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) dekat sini.

Pelakon dan penerbit dari India berusia 51 tahun yang sering membawa watak utama dalam beberapa filem seperti SultanDabang dan Bajrangi Bhaijaan dijangka akan memberikan persembahan menakjubkan dalam konsert 'Da-Bangg The Tour - Live In Malaysia' yang dibawakan oleh GHC Solutions Sdn Bhd.Pengerusi GHC Solutions Datuk Geethanjali G berkata Salman akan menjelajah bersama bintang Bollywood lain seperti koreografer India terkenal Prabhu Deva, Tamanaah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

"Tiket berharga RM111, RM333, RM555, RM777, RM999 dan RM2,222 boleh dibeli menerusi RedTix secara dalam talian di www.AirAsiaRedtix.com," katanya ke padah a Bernama ketika dihubungi.

Malaysia merupakan pembuka tirai kepada konsert jelajah itu sebelum meneruskannya di Hong Kong, Auckland, Sydney dan Melbourne sebagai lokasi terakhir.

Konsert itu akan melibatkan 100 orang terdiri daripada penari dan pemuzik dari India dan Malaysia.

- BERNAMA