WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

JUSTICE LEAGUE LANCAR TRAILER PERTAMA, PEMINAT TANYA DI MANA SUPERMAN?

Filem arahan Zack Snyder ini bakal menyatukan watak adiwira DC Comics di layar perak


Back To Whats Hot

“Apa adikuasa kau?”

“Aku kaya.”

Perbualan antara Flash lakonan Ezra Miller dan Batman (Ben Affleck) itu merupakan antara tarikan utama dalam trailer penuh pertama filem Justice League yang dilancarkan semalam.

Filem arahan Zack Snyder ini bakal menyatukan watak adiwira DC Comics di layar perak: Batman, Superman (Henry Cavill), Wonder Woman (Gal Gadot), Flash, Aquaman (Jason Momoa), dan Cyborg (Ray Fisher).

Para peminat di media sosial rata-rata teruja dengan trailer yang dilancarkan namun ada juga yang mengambil sikap berwaspada selepas ‘dikecewakan’ dengan mutu filem terbitan DC yang lain seperti Batman v Superman dan Suicide Squad yang didakwa hanya gah pada trailer.

Penampilan beberapa watak baharu juga menarik perhatian. Antaranya Mera (Amber Heard) sebagai kekasih Aquaman dan Commissioner Gordon lakonan pemenang Anugerah Akademi J.K. Simmons.

Di mana Superman?

Namun soalan nombor satu yang tular di media sosial selepas tayangan trailer Justice League:

Di mana Superman?

Walaupun Henry Cavill sememangnya diketahui akan muncul sebagai Man of Steel dalam Justice League, namun ketiadaan watak tersebut dalam trailer pertama ini menimbulkan pelbagai spekulasi.

Dalam temu bual bersama Comicbook, pengarah Zack Snyder mengulas kepentingan watak Superman dalam Justice League:

“Ini satu konsep yang sentiasa menarik bagi saya. Ini peluang untuk melihat dia (Superman) berkorban dan juga menjadi sebab kewujudan Justice League. Apa yang kita akan buat dengan wataknya sekarang? Apa pandangan pasukannya tentang Superman? Apa yang dunia perlukan sebenarnya? Semua ini penting. Apa yang kami buat dengan Superman pastinya menarik untuk penonton.”

Justice League akan menemui peminat di layar perak pada 17 November.