WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

KERANA ANAK PATUNG, KANAK-KANAK TERPERANGKAP

KANAK-kanak ini kecewa kerana gagal mendapatkan anak patung dari mesin arked lalu dia memutuskan untuk masuk


Back To Whats Hot

KANAK-kanak ini kecewa kerana gagal mendapatkan anak patung dari mesin arked lalu dia memutuskan untuk masuk ke dalam dan mendapatkan sendiri hadiah berkenaan.

Malangnya usaha Jamie Bracken-Murphy itu tidak kesampaian sebaliknya dia terjatuh dalam mesin terbabit dan terperangkap di dalamnya.

Menurut bapanya, Damien Murphy, dia cuba mengeluarkan Jamie namun kanak-kanak terbabit tidak muat untuk melalui ruang kecil di mesin arked tersebut yang diletakkan di pusat mainan kanak-kanak di sebuah pasaraya di Ireland.

“Saya memujuk Jamie bertenang dan tunggu sehingga saya dapat mencari kakitangan di situ yang mempunyai kunci bagi membuka mesin terbabit,’’ katanya Damien.

Nasib baik ada seorang anggota bomba yang kebetulan tidak bertugas dan berada di situ. Dia telah menggunakan sepenuhnya kemahiran untuk menyelamatkan si kecil yang sedang terperangkap dalam mesin itu.

“Selain anggota bomba itu, kakitangan di situ turut membantu dan mereka juga terkejut kerana tidak pernah melihat kanak-kanak masuk ke dalam mesin arked terbabit,’’ kata Damien.

Sementara Jamie pula dibenarkan menyimpan dua anak patung beruang yang dipegangnya ketika berada dalam mesin tersebut.