WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SEBAB RAMBUT, ELIZABETH TERPAKSA TOLAK POLIS EVO 2

GARA-gara isu rambut, penyanyi, Elizabeth Tan mengakui terkilan apabila tidak dapat membintangi filem sekuel, Polis Evo 2


Back To Whats Hot

GARA-gara isu rambut, penyanyi, Elizabeth Tan mengakui terkilan apabila tidak dapat membintangi filem sekuel, Polis Evo 2.

Akhbar tempatan melaporkan, penyanyi berusia 23 tahun itu ditawarkan watak sebagai anggota polis yang menyelamatkan karakter lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak dalam sekuel berkenaan.

Namun, pelantun lagu Knock Knock ini terpaksa melepaskkan tawaran tersebut selepas permintaan penerbit supaya rambutnya dipotong pendek.

Menurutnya, akibat enggan kontrak sebagai duta kepada empat produk terjejas, dia terpaksa menolak tawaran berlakon walaupun mengakui terkilan.

“Syarikat produk melihat saya berdasarkan pakej dengan imej berambut panjang.

“Kalau saya potong rambut pendek, tak tahu macam mana imej yang hendak saya bawa untuk produk mereka,” katanya.

Jelasnya, jika tidak terikat dan syarikat produk menerima imejnya berambut pendek, penyanyi yang lebih mesra dipanggil Lizzy ini tidak kisah melakonkan watak dalam filem tersebut.

Namun, dia mengakui mungkin sukar untuk diberi tawaran sebagai duta lagi sekiranya tampil dengan imej rambut pendek.

Elizabeth sebelum ini pernah muncul dalam filem Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Muzium pada 2015.

Penyanyi yang kian menyerlah ini pernah menjelaskan untuk mengejar impiannya bergelar pelakon kerana ia adalah cabang seni yang diminatinya sejak kecil.