• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

PELUANG BERCUTI TINJAU BANGKAI KAPAL TITANIC DI DASAR LAUT

ANDA gemar bercuti melakukan aktiviti menyelam ke laut dalam? Selepas ini, bakal ada percutian untuk merasai pengalaman itu tetapi dengan kos yang


Back To Whats Hot

ANDA gemar bercuti melakukan aktiviti menyelam ke laut dalam? Selepas ini, bakal ada percutian untuk merasai pengalaman itu tetapi dengan kos yang tinggi.

Portal Mirror melaporkan mulai tahun depan, pelancong berpeluang untuk ke dasar Lautan Atlantik sedalam 13,000 kaki (3,962 meter) untuk melihat bangkai kapal Titanic.

Kapal yang digambarkan sebagai "tidak mungkin akan tenggelam" itu karam dalam perlayaran sulungnya selepas melanggar bongkah ais pada 15 April 1912.

 

Kapal Titanic sebelum karam pada 15 April 1912.

 

Tragedi itu mengorbankan lebih 1,500 penumpang.

Lawatan laut dalam yang dikendalikan oleh Blue Marble Private, membolehkan anda menyaksikan sendiri ruang dalam kapal yang bersejarah itu.

Bagaimanapun, kos yang diperlukan untuk merasai 'percutian' ini adalah £85,000 (RM467,674). - Mirror.co.uk