WHAT'S NEXT

CATS MUZIK

10.00am - 02.00pm

BAPA 'ROCK AND ROLL' CHUCK BERRY MENINGGAL DUNIA

PEMUZIK legenda Chuck Berry yang mendapat jolokan sebagai bapa 'rock and roll' meninggal dunia pada Sabtu


Back To Whats Hot

PEMUZIK legenda Chuck Berry yang mendapat jolokan sebagai bapa 'rock and roll' meninggal dunia pada Sabtu.

Kematian Chuck disahkan laman Facebook Jabatan Polis St. Charles di Missouri yang mendapat panggilan berhubung seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di kediamannya.

Chuck berusia 90 tahun.

"Kami mendapat panggilan kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada Sabtu berhubung seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di rumahnya.

"Ketika tiba pihak paramedik cuba menyelamatkannya namun lelaki berusia 90 tahun itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 1.26 petang.

"Kami juga ingin mengesahkan identiti lelaki itu adalah Charles Edward Anderson Berry Sr. atau Chuck Berry.

"Keluarga mendiang meminta agar diberikan ruang untuk mengharungi berita sedih ini," kata kenyataan dikeluarkan oleh polis.

Chuck pernah popular menerusi lagu seperti Maybellene, Roll Over Beethoven, Brown Eyed Handsome Man, Nadine, Rock and Roll Music dan Johnny B. Goode.

Beliau juga diangkat sebagai pemuzik yang mengubah muzik rhythm dan blues kepada apa yang kita semua kenali iaitu rock and roll.