• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

BARU 12 TAHUN, ADIK INI PECAH REKOD PECUT LAMA!

KETIKA Sukan Malaysia (Sukma) Ke-18 di Kuching, Sarawak tahun lalu, seluruh negara gempar dengan kejayaan Khairul Hafiz Jantan


Back To Whats Hot

KETIKA Sukan Malaysia (Sukma) Ke-18 di Kuching, Sarawak tahun lalu, seluruh negara gempar dengan kejayaan Khairul Hafiz Jantan memecah rekod 18 tahun dipegang oleh Watson Nyambek.

Dengan catatan 10.18 saat, pelari pecut Melaka itu mengatasi rekod lama 10.30 saat dilakar oleh ‘The Flying Dayak‘ semasa Sukan Pra-Komanwel 1998 malah ia dipecahkan di negeri kelahiran atlet Bumi Kenyalang tersebut sendiri.

Bagaimanapun, ketika atlet negara bersiap sedia menjelang temasya Sukan SEA Ke-29 di ibu negara pada Ogos depan, netizen tempatan dikejutkan pula dengan kisah kejayaan hebat seorang pelari cilik di Sabah baru-baru ini.

Menerusi rakaman video amatur oleh Aminudin Saupin pada bulan lalu, pengguna media sosial ternyata begitu teruja menyaksikan aksi seorang atlet pecut berusia bawah 12 tahun dalam acara larian 100 meter lelaki akhir.

Difahamkan, ia dimuat naik oleh pemegang akaun Facebook bernama Jad Naeman Washif pada 23 Februari lalu serta ia turut dikongsi lebih 300 kali, selain menerima hampir 700 tanda ‘like’ dan puluhan lagi komen positif.

Netizen itu hanya mencatatkan ayat berbunyi: “Acara 100 meter akhir lelaki bawah 12 tahun – rekod baharu kejohanan 11.7 saat memecah rekod lama 12.8 saat. Larian yang baik untuk anak lelakiku, Jad Rizalman.”

Sekiranya apa ditulis netizen yang menetap di Ranau, sebuah bandar kecil dekat kaki Gunung Kinabalu itu adalah benar, maka ia adalah pencapaian hebat untuk seorang anak muda luar bandar setaraf atlet Sukma sendiri.

Bayangkanlah, atlet cilik ini jauh ke hadapan meninggalkan pelari-pelari lain kira-kira 10 meter di belakangnya untuk tiba dengan penuh bergaya di garisan penamat langsung tanpa menerima apa-apa cabaran sengit.

Lebih hebat, masa dicatatkannya itu sebenarnya adalah setanding dengan kebanyakan pelari pecut Sukan SEA. Setakat ini rekod acara itu dipegang atlet Indonesia, Suryo Agung Wibowo iaitu 10.17 saat di Laos pada 2009 lalu.

Ramai pengguna media sosial memberi kata-kata semangat atas kemenangan pelari cilik itu malah tidak mustahil, jika dilatih dengan betul, Jad Rizalman mampu pergi lebih maju sehingga ke Sukan Asia, Komanwel atau Olimpik.

Bagaimanapun, perjalanan adik ini masih lagi jauh namun mungkin dia ada potensi dan harapan besar mewakili Sabah dalam acara pecut untuk Sukma Ke-19 di Ipoh, Perak pada tahun hadapan pula.