• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

TIKET RM2,222 KONSERT SALMAN KHAN ‘LIVE’ LARIS

KONSERT jelajah Da-Bang The Tour 2017 – Salman Khan Live in Malaysia amat laris apabila tiketnya berjaya dijual hampir 90 peratus untuk zon VIP sejak


Back To Whats Hot

KONSERT jelajah Da-Bang The Tour 2017 – Salman Khan Live in Malaysia amat laris apabila tiketnya berjaya dijual hampir 90 peratus untuk zon VIP sejak jualannya dibuka Februari lalu.

“Kami memperuntukkan 506 tempat duduk bagi tiket Zon Sultan yang dijual pada harga RM2,222. Sekalipun berdepan masalah ekonomi tidak menentu, tiket mahal berkenaan tetap menjadi pilihan peminat.

“Bukan sahaja dibeli kalangan peminat di Malaysia, tiket turut menarik penggemar Bollywood dari Indonesia, Bangladesh dan Singapura,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GHC Solutions Sdn. Bhd., Datuk Jasbeer Singh.

Konsert jelajah anjuran syarikat itu yang berlangsung pada 14 April depan menyaksikan tiket berharga RM999 bagi Zon Da Bang, RM777 (Zon Jai Ho), RM555 (Zon Ready), RM333 (Zon Kick) dan RM111 (Zon Entry Zone).

“Bagi pemegang tiket bernilai RM2,222, mereka turut berpeluang bertemu dengan artis Bollywood yang terbabit dalam konsert ini, pada acara keraian selepas persembahan tersebut berakhir,” kata Jasbeer lagi.

Selain Salman Khan sebagai tarikan utama, konsert mega itu juga menampilkan beberapa bintang ternama dari India antaranya selebriti Prabhu Deva, Tamannah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

Selain Malaysia yang dipilih sebagai lokasi pertama, konsert jelajah berbajet besar itu akan turut singgah di Hong Kong, China; Auckland, New Zealand; serta Sydney dan Melbourne, Australia.

Sementara itu, Pengerusi GHC Solutions Sdn. Bhd., Datuk Geethanjali G berkata, konsert terbabit di Pusat Konvensyen Mines, Seri Kembangan, Selangor itu juga dijangka menampilkan beberapa artis tempatan.

“Bagaimanapun kita belum lagi mahu mengumumkannya terlebih dahulu. Anggaplah kemunculan mereka nanti sebagai kejutan pada konsert ini,” kata beliau yang dipetik oleh portal tempatan AgendaDaily.

Konsert jelajah berkenaan juga boleh dianggap sebagai kepulangan semula Salman ke pentas persembahan selepas hampir sedekad tidak dapat berbuat demikian susulan kesibukan kerja dan perbicaraan kes mahkamah dirinya.

Bagi peminat yang tidak mahu terlepas peluang menonton konsert tersebut, mereka boleh melayari www.AirAsiaRedtix.com atau www.facebook.com/Dabangtourkl.

 

Sumber: – Agensi/Mynewshub.cc/HAA