WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

CARTA RIM KINI KEMBALI

Selepas lebih 10 tahun diberhentikan, Carta RIM kini kembali


Back To Whats Hot

Selepas lebih 10 tahun diberhentikan, Carta RIM kini kembali.

Disusun oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Carta RIM akan memberi tumpuan kepada data muzik streaming, berdasarkan laporan yang dihantar oleh penyedia muzik digital utama seperti Apple Music, Spotify, KKBOX dan Deezer.

Darren Choy, Pengerusi RIM dan Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, berkata “Kami merasakan yang ini adalah masa terbaik untuk memulakan kembali carta ini kerana kebanyakan hasil pendapatan kini diperoleh menerusi format streaming dan digital.”

Carta RIM rasmi dikeluarkan setiap Jumaat menerusi laman web RIM (www.rim.org.my), Facebook (www.facebook.com/RecordingIndustryMY), Twitter (@malaysia_music) dan Instagram (@recordingindustrymy).

 

Di Sunting Oleh: Donnie Nokian