WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PELAKON JAZLI TERLIBAT KEMALANGAN, PATAH TULANG

PELAKON yang sering dijadikan inspirasi dalam penurunan berat badan, Jazli Hassan dilaporkan terbabit dalam kemalangan basikal


Back To Whats Hot

PELAKON yang sering dijadikan inspirasi dalam penurunan berat badan, Jazli Hassan dilaporkan terbabit dalam kemalangan basikal berdekatan Hospital Yan, Kedah, petang semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan Jazli sendiri menerusi laman Instagramnya.

Pelakon Jazli Terlibat Kemalangan, Patah Tulang

Difahamkan, ketika kejadian dia terlibat dalam program Kayuhan Hari Buah Pinggang Sedunia dan Obesiti bersama 60 penunggang basikal lain.

Akibat kejadian itu, Jazli mengalami kecederaan kecil di wajahnya dan patah tulang belikatnya.

Menurut sebuah akhbar tempatan, Jazli terbabit kemalangan gara-gara seorang penunggang di hadapannya hilang kawalan menyebabkan dia terjatuh lalu dirempuh oleh empat penunggang lain.

Pelakon Jazli Terlibat Kemalangan, Patah Tulang

JAZLI (KIRI) SEMASA BERBADAN BESAR BERSAMA PELAWAK, ABON.

Nama Jazli mungkin jarang kedengaran namun dia pernah berlakon dalam drama Supermak, Tiara dan filem Kampung Drift.

Dahulunya, dia merupakan pelakon bersaiz besar.