• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

SAHARUL RIDZWAN NAK JADI PENYANYI PULA?

Pelakon Saharul Ridzwan masih berteka-teki berhubung penglibatannya dalam bidang muzik apabila timbul ura-ura dia


Back To Whats Hot

Pelakon Saharul Ridzwan masih berteka-teki berhubung penglibatannya dalam bidang muzik apabila timbul ura-ura dia akan menghasilkan single pertamanya.

Khabar angin itu timbul selepas pelakon yang popular menerusi drama Hati Perempuan itu memuat naik gambar bersama komposer terkenal iaitu Ajai di Instagram.

"Saya berjumpa dengan Ajai kerana ingin membincangkan sebuah projek melibatkan kami berdua.

"Tidak semestinya ia berkaitan saya akan bergelar penyanyi dan boleh jadi saya bakal hasilkan sebuah buku, manalah tahu, ada rezeki.

Saharul Ridzwan dilantik sebagai duta Erya by Suria. Foto Ihsan WEDDINGSTRUCTURE

"Namun boleh jadi juga saya bertemu dengannya untuk latihan vokal," katanya kepada mStar Online.

Saharul ditemui pada majlis pelancaran penjenamaan dan pelantikannya sebagai duta Erya by Suria yang diadakan di Suria Hot Spring Resort Bentong, Pahang pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Saharul tidak menafikan minatnya dalam bidang nyanyian malah menyimpan hasrat bergelar penyanyi sebelum aktif dalam lakonan.

"Tak salah rasanya jika seorang pelakon mencuba menjadi penyanyi, Insya-Allah kalau ada rezeki saya ingin mencabar diri untuk menyanyi.

"Alhamdulillah jika perkara itu terlaksana ia ibarat impian jadi kenyataan!," ujarnya.