WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

TWEET FOTO LOFA & FATTAH ADA MAKNA KE?

NAMA Neelofa dan Fattah Amin memang tidak asing lagi dalam industri hiburan tempatan


Back To Whats Hot

Selepas drama bersiri gandingan mereka iaitu Suri Hati Mr. Pilot mencetuskan fenomena luar biasa lewat tahun lalu, keserasian mereka di kaca TV dan gosip-gosip panas yang menyelubungi ‘hubungan cinta’ luar lokasi mereka sentiasa dinanti-nantikan peminat.

Hubungan Neelofa dan Fattah yang digelar ‘Lofattah’ oleh peminat hardcore mereka ini khabarnya sudah putus di tengah jalan gara-gara pembabitan orang ketiga iaitu seorang aktres kacukan, awal Januari lalu.

Tweet Foto Lofa & Fattah Ada Makna Ke?

TINGGAL KENANGAN… SAAT-SAAT BAHAGIA #LOFATTAH YANG KERAP DIPAMERKAN MENERUSI LAMAN SOSIAL MEREKA.

Namun, sehingga hari ini, Lofattah masih dikaitkan bersama sehinggakan kelab peminat mereka sehinggakan ada yang sanggup membuat solat hajat semata-mata mahu lihat mereka kembali bersama semula!

Tidak cukup dengan itu, malah kisah cinta tak kesampaian Lofattah ini juga mendapat campur tangan adik-beradik dan bakal abang iparnya, pelakon Sharnaaz Ahmad.

Masing-masing meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap Fattah secara terang-terangan menerusi media sosial.

Bagaimanapun, hari ini Neelofa telah memuat naik satu status dan gambar yang bersifat kriptik di akaun Twitternya.

Tweet Foto Lofa & Fattah Ada Makna Ke?

Gambar yang menunjukkan Neelofa dan Fattah sebagai karakter Wardah dan Kapten Ejaz itu diberi kapsyen berbunyi: “Dear fans, dont assume or worry to much, no matter what happens, we will always stick together as friends. Spread positivity & love, always ❤” (Kehadapan para peminat, usah membuat andaian atau terlalu risau, apa-apa pun yang berlaku, kami akan sentiasa menyokong satu sama lain sebagai sahabat. Sebarkan positiviti dan kasih sayang, sentiasa❤).

Hmm, tak boleh move on ke, dik?

Seperti biasa, tweet yang di-retweet sebanyak 2.4 ribu setakat ini itu menerima respon bercampur daripada netizen.

Ada yang memandang tweet Neelofa itu daripada sudut positif:

“@aizatulaqilaa: @Neelofa kesian you asyik kena jawab benda yang sama je kat fans. No worriesI still pemakai Naelofar Hijab tegar ♥️ stay strong pretty!”

“@hudanasir0707: @Neelofa ada hak untuk berkata-kata caption di atas…no worry dear lofattah fans dapat rasa apa yang sebenarnya antara kalian..peace..much love :).”

“@nurlie78: @Neelofa @fattahamin maybe we are not worry. But we are concerned to much & in the end Allah will guide both of u and Us fans to the right path.”

“@AsmaaYusof: @Neelofa aaa sweet gilerryess friends last longer..and foreverrr!!”

“@aishahnurhakim: @Neelofa saya pun selalu eja too tertinggal satu o. Lofa, awak bijak dan berjaya. Tak perlu bimbang harapan peminat.”

Dan, tak ketinggalan juga yang mencemuh tweet Neelofa itu sebagai berita tak penting dan tak kurang juga yang menggunakan peluang ini untuk ‘membahan’ kiriman aktres cantik tersebut:

“@tarmiziwahab: @Neelofa dear sis neelofa, truthfully we don’t care.”

“@MulutChili: @Neelofa Fattah even never make any statement for relationship of u guys, he just steady, being cool, he do know how to being  professional.”

“@MissEika: @Neelofa hahaha…so funny…dah desperate sangat ke nak pancing undi fans…kesian…”

“@miruljmie: @Neelofa Dear fans, dont assume or worry to much. Hari ni kita nak buat solat hajat berapa rakaat untuk #lofattah?”

“@syedkasyah: @Neelofa This shows that u yang tak move on actuallyStill nak bring up the story yang dah basi. This is reality not drama sis. Diam je dah..”

Sebenarnya, kami setuju dengan statement terakhir yang di atas ini.

Pada pandangan kami, Neelofa patut mencontohi pendirian Fattah yang mengambil pendekatan gentleman dengan berdiam diri sahaja meskipun menerima tekanan bertubi-tubi daripada peminat untuk menjelaskan situasi yang berlaku di pihaknya.

Bukan apa, nampak sedikit seperti Neelofa yang tidak mampu move on daripada Fattah kerana pihaknya acapkali ‘cari pasal’ dengan mengaitkan dirinya dengan aktor itu!