WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

PENCARIAN MH370 BERAKHIR TANPA SEBARANG PENEMUAN

Pencarian laut dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir tanpa


Back To Whats Hot

Pencarian laut dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir tanpa membuat sebarang penemuan, menurut ketiga-tiga negara terlibat hari ini.

"Walaupun setelah segala usaha menggunakan sains terbaik yang ada... pencarian tersebut tidak dapat mengesan pesawat itu," kata pihak berkuasa Malaysia, Australia dan China dalam satu kenyataan bersama.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi itu, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac, 2014.

Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

 

Sumber:- Awani